ASSALAMUALAIKUM....
Hari ni Nisah nak share satu lagi artikel yang dibaca. Artikel ni berkaitan 10 Persediaan Menjayakan Penyusuan Susu Ibu. Ramai wanita hamil menganggap penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi. Hakikatnya, wanita perlu mempelajari cara untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Tiada ilmu yang mengcukupi, berkemungkinan gagal untuk menepati sasaran menyusukan bayi anda..
10 PERSEDIAAN MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU
1. NIAT DAN AZAM
Kedua-dua aspek ini sama penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Niat dan azam yang ditanam tidak akan mudah goyah jika anda mempersiapkan diri denagn ilmu penyusuan susu ibu yang lengkap.2. CARI MAKLUMAT
Sepanjang kehamilan, cari lah sebanyak yang mungkin maklumat berkaitan penyususan susu ibu bagi membantu anda memahami konsep penyusun susu ibu. Salah satu konsep asas yang perlu anda ketahui ialah semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan. Tambahkan ilmu dengan mencari dariada pelbagai sumber.3. AMAL PEMAKANAN SIHAT
Pemakanan sihat perlu diamalkan sepanjang tempoh kehamilan dan harus berterusan semasa anda menyusukan bayi. Pastikan anda makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Selang seli waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat.Pastikan menu anda mengandungi protein, kalsium, vitamin dan lain-lain dalam kadar yang seimbang. Makanan yang perlu dielak ketika menyusu seperti minuman berkafein, buah masam, kekacang dan bawang putih.4. KELAS PENYUSUAN SUSU IBU
Menghadiri kelas penyusuan susu ibu semasa hamil lagi. Anda boleh memilih kelas penyusuan di klinik kerajaan atau hospital yang sering diadakan secara percuma. Selain itu, anda boleh memilih kelas berbayar dimana kebanyakan dikendalikan oleh kaunselor laktasi bertauliah. Sebaik-baik nya hadiri kelas bersama suami supaya dia juga boleh memahami konsep penyusuan susu ibu.5. HOSPITAL BERSALIN PILIHAN
Hal ini perlu dititikberatkan kerana Hospital Rakan Bayi akan menyokong sepenuhnya usaha anda untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Sebelum melahirkan, bincang dengan doktor yang memeriksa kehamilan tentang keinginan anda menyusukan bayi sebaik kelahirannya nnti.Setakat 5 tips dulu yer... Nanti Nisah sambung lagi 5 tips persediaan menjayakan penyusuan susu ibu... Nisah de hal jap lagi.. Nantikan sambungannya...Tunggguuuuuuuuuuuuuuuu...=)
Rujukan: Majalah Pa & Ma
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)