nuffnang

Sunday, 27 April 2014

PENYUSUAN SUSU IBU 2

 

Assalamualaikum semua...

       Alhamdulillah.. Masih bersua kembali kita yer. Bersyukur la dengan nikmat yang Allah bagi.. Masih bernyawa dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepada Nya..

    Nisah ni nak sambung cerita pasal Persediaan Menjayakan Penyusuan Susu Ibu.. Meh kita sambung lagi 5 tips..

10 PERSEDIAAN MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Sambungan....

6. DAPATKAN SOKONGAN

    Kongsi niat anda untuk menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu bersama suami, ahli keluarga dan rakan. Nyatakan juga hasrat anda untuk mendapatkan sokongan daripada mereka. Oleh itu, banyakkan berbincang tentang perancangan yang bakal dilakukan dan pada masa yang sama lengkapkan ilmu agar semua sedar dengan peranan masing-masing dalam membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu.


7.  KELENGKAPAN PENYUSUAN SUSU IBU

     Lengkapkan semua peralatan yang diperlukan untuk membantu anda menyusukan bayi dengan lancar kelak. Antara kelengkapan yang diperlukan ialah coli penyusuan, pelapik payu dara, kain pelindung penyusuan dan lain-lain lagi.
     Bagi yang bekerja pula, anda perlu sediakan pam payu dara, bekas penyimpan susu ibu, beg pendingin, pek ais,peti sejuk dan sebagainya. Sebaiknya beli la pam payu dara sebelum bersalin mengikut bajet anda.

8. KEBERSIHAN PUTING

    Pada trimester akhir kehamilan, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membersihkan puting payudara. Setiap kali mandi, cuci puting dengan menggunakan tuala muka kecil yang direndam di dalam air suam terlebih dahulu. Sewaktu mencuci elakkan penggunaan sabun. Ini bertujuan untuk mengelakkan puting tersumbat dan memudahkan pengaliran kolostrum buat pertama kali selepas bayi dilahirkan. Pada masa yang sama, anda digalakkan menarik puting keluar secara lembut dan menyikat kedua-dua belah payu dara menggunakan sikat rambut secra perlahan-lahan.

9. KENALI PAYUDARA

    Mengenali payudara sendiri adalah penting agar anda dapat mengetahui rupa bentuknya. Jika ia tenggelam, sejak dari awal anda dapat mengambil langkah penyelesaian masalah. Bagi mengenal pasti payudara normal atau tenggelam, anda perlu menekan puting payudara dengan tapak tangan selama 2 minit dan lepaskan. Jika puting kembali sperti biasa, itu bererti payudara anda normal. Jika tiada apa-apa perubahan selepas lama menunggu, bermakna anda mempunyai masalah puting tenggelam.


10. YAKIN DIRI SENDIRI

      Sikap positif dan yakin pada diri sendiri amat penting dalam  memastikan usaha menjayakan penyususan susu ibu mencapai matlamatnya. Sentiasa percaya anda mampu menyusukan bayi anda sejurus bayi dilahirkan. Pengeluaran susu ibu berkonsepkan permintaan dan penawaran. Jadi, susukan bayi sekerap mungkin sebaik kelahirannya. Fahami juga bahawa pada awal kelahiran bayi hanya mendapat kolostrum. Selepas hari ketiga, barulah susu matang berjaya dikeluarkan. Yakin dan sentiasa berfikiran positif bahawa susu anda cukup untuk keperluannya.
 

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)