nuffnang

Friday, 25 April 2014

Cara Rangsang Bayi Merangkak

Assalamualaikum...


       Nisah terpanggil nak tulis pasal perkembangan bayi merangkak ni...Nisah de terbaca artikel ni dalam 3 atau 4 hari yang lepas kalau tak silap.. Artikel ini berkenaan cara menangani masalah bayi yang belum merangkak walaupun dah lewat 8 bulan...Tidak boleh merangkak disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya kekurangan khasiat, obesiti, kurang rangsangan merangkak hingga terlambat perkembangan, kelainan gerakan kasar, gangguan keseimbangan dan lain-lain. Ibu mana yang tak risau apabila bayi tidak merangkak atau cara merangkaknya tidak betul. Padahal bayi pada usia 5- 6 bulan akan mula merangkak.

     Bila terbaca artikel ni, nisah dan husband terus praktikkan kat anak kami, aisyah.. Aisyah ni bukan stakat belum boleh merangkak, meniarap sendiri pun belum walaupun dah 7 bulan... Dia lebih suka nak duduk daripada meniarap.  Kalau letak meniarap je.. Tak sampai beberapa minit. Nangis la dia. Kalau bagi dia duduk.. Suka la. Main sambil duduk... Dia dah boleh duduk tegak dah.. Jarang nk tumbang..

  Kami sentiasa risau bila dah masuk 7 bulan, Aisyah tetap x pandai nak niarap sendiri.. Apatah lagi nak merangkak.. Alhamdulillah.. Semalam dapat berita gembira daripada pengasuh.. Dia kate Aisyah dah boleh niarap sendiri... Dalam hati tu, suka nya. Dia dah tunjukkan perkembangan positif.. Tapi kat umah, dia masih belum tunjukkan  skill dia niarap sendiri tu...hehehe..


     Gambar ni nisah yang meniarapkan dia. Alhamdulillah, satu lagi perkembangan baik, dia tak nangis walaupun diniarapkan. Dia pun dah boleh bergerak secara memusing badan hampir 360 darjah menggunakan perut..

Di sini Nisah nk kongsikan tip rangsangan kepada bayi agar gemar merangkak.

  • Sering meniarapkan bayi semenjak awal. Ini merangsangnya untuk mengangkat tubuh, mengangkat kepala dan bergerak dengan perutnya.
  • Elakkan baby walker, sebaliknya sering menurunkan bayi dari stroller atau gendongan untuk diletakkan di ruang luas dan bersih untuk merangsangnya merangkak. Sediakan alas dari benda-benda berbahaya.
  • Letakkan mainan di hadapan bayi. Bermain agar bayi tertarik, bertepuk tangan atau beri pujian meski bayi baru boleh beralih posisi dengan perut.
  • Beri bayi contoh. Merangkaklah bersama bayi.
  • Tidak terburu-buru merangsang bayi untuk berjalan.
  • Lakukan terapi urutan, senaman atau fisioterapi kerana ada kalanya rangsangan sahaja tidak cukup untuk mengembangkan kemampuan merangkak. Bertemu doktor anda untuk tujuan anda.

Apabila bayi merangkak dengan cara yang kurang tepat, misalnya 'bear crawl' atau merangkak dengan kedua-dua kaki diluruskan, maka harus diperbetulkan.

Apabila bayi terus mengesot, mungkin kerana otot-ototnya lemah sehingga dia tidak boleh mengangkat perut. Ini banyak dialami anak yang menghidap sindrom Down.

Fisioterapi dapat membantu memperbaiki gangguan merangkak dengan cara meningkatkan kemampuan motorik kasar bayi secara khusus, membantu meningkatkan koordinasi, kestabilan dan keseimbangan, mencegah dan membaiki kelainan bentuk tubuh, jika ada

RUJUKAN: http://mingguanwanita.karangkraf.com

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)