Saya W.Norhanisah bt W.Ibrahim(SID:1099244) adalah Pengedar sah Shaklee area Bandar Pasir Gudang. Menjual semua jenis Produk Shaklee..
Untuk menjadi Ahli Shaklee Hanya bermodalkan RM70(pendaftaran) + RM10(SM)/RM20(SS) seumur hidup.
Hubungi saya di talian 0137598069
Pages
▼
Sunday, 9 November 2014
Tips Buat ibu Berkejaya.
Menjadi ibu yang bekerja memerlukan anda bergerak pantas menguruskan
diri sendiri, rumah tangga dan keluarga. Berfikiran kreatif dalam
mengendalikan tugas harian di rumah membantu ibu menjadi lebih cekap dan
efisien.
Sebaik pulang dari pejabat, ibu perlu menyinsing lengan memasak untuk
keluarga pula. Dalam masa yang sama masih perlu memberi perhatian kepada
anak-anak. Jika ada yang masih menyusu susu ibu, maka perlu disusukan
dan pelbagai lagi kerenah si kecil yang lain.
Oleh itu ibu perlu bijak menyusun keperluan yang akan digunakan untuk
tugas rutin seperti memasak, mengemas, mencuci pakaian dan sebagainya
lagi. Berikut adalah beberapa contoh tip pantas yang boleh membantu ibu
berkerjaya menguruskan tugas harian di rumah.
Siapkan bahan asas memasak
Tugas memasak sebenarnya menjadi lebih mudah sekiranya segala macam
bahan asas yang mengambil masa lama untuk disediakan seperti bawang,
cili kisar, ikan, ayam, udang, sotong sudah tersedia. Oleh itu jadikan
cuti hujung minggu untuk anda membuat persediaan mengisar cili, mengupas
dan memotong bawang, menyiang ikan, sotong, udang dan sebagainya lagi.
Untuk lebih mudah, anda boleh pekkan setiap bahan basah mengikut
bahagian yang akan dimasak dalam sehari. Lebih mudah sekiranya anda
sudah menetapkan jenis masakan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk
kegunaan lima hari bekerja. Cara ini mempercepatkan proses memasak malah
memelihara kesegaran bahan basah yang dibeli.
Menyediakan pes masakan
Kaedah ini juga dijamin menjimatkan masa memasak anda di dapur. Anda
boleh menyediakan pes masakan seperti pes cili, pes kari dan sebagainya
bagi memudahkan kegunaan masakan anda. Pes tersebut boleh dipelbagaikan
untuk memasak lauk pauk, pasta, mee dan sebagainya.
Mencuci pinggan mangkuk
Kadang kala tugas di dapur menjadi berganda selepas memasak kerana
perlu menyelesaikan tugas mencuci pinggan mangkuk kotor pula. Mengapa
perlu tunggu selepas makan? Anda boleh jimatkan masa dengan mencuci
segala alatan yang digunakan dalam penyediaan memasak. Sementara
menunggu lauk yang ditumis atau direneh, ringankan tangan untuk
mengosongkan sinki daripada peralatan dapur yang kotor. Ia dapat
menjimatkan masa anda.
Membasuh dan menyidai pakaian
Jangan biarkan bakul pakaian kotor anda sentiasa penuh. Usah bertangguh
untuk membasuh pakaian kotor. Kini kebanyakan rumah dilengkapi dengan
mesin basuh bahkan ada yang mempunyai alat pengering. Oleh itu pastikan
membasuh pakaian setiap hari agar anda tidak terbeban pada hujung
minggu.
Usah tangguh melipat pakaian
Ia antara tugas yang paling tidak digemari oleh kebanyakan ibu. Untuk
menjimatkan masa, sebaik mengangkat pakaian dari ampaian, jangan
bertangguh melipatnya atau menunggu sehingga pakaian menjadi ‘gunung’.
Jika mempunyai anak yang besar, anda boleh meminta bantuan mereka
melipat pakaian masing-masing. Biarpun awalnya lipatan mereka kurang
sempurna tetapi percayalah latihan awal akan membuatkan mereka ringan
tulang membantu.
Menggosok pakaian
Tugas menggosok pakaian memang mengambil masa yang panjang. Jadi untuk
menjimatkan masa, peruntukan masa pada hujung minggu untuk menggosokan
stok seminggu pakaian anda dan suami serta anak yang bersekolah.
Dengan perancangan yang cekap, anda masih boleh meluangkan masa untuk
anak-anak pada waktu malam selepas menikmati makan malam sekeluarga.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)