Saya W.Norhanisah bt W.Ibrahim(SID:1099244) adalah Pengedar sah Shaklee area Bandar Pasir Gudang. Menjual semua jenis Produk Shaklee..
Untuk menjadi Ahli Shaklee Hanya bermodalkan RM70(pendaftaran) + RM10(SM)/RM20(SS) seumur hidup.
Hubungi saya di talian 0137598069
Pages
▼
Monday, 3 November 2014
POSISI BADAN KETIKA MENGANDUNG
Ketika mengandung, bakal ibu tidak boleh melakukan pergerakan sesuka
hati seperti semasa tidak berbadan dua. Ini kerana keadaan badan yang
terpaksa menanggung berat badan yang semakin bertambah mengikut usia
kehamilan. Ketahui bagaimana posisi betul pergerakan anda sepanjang
hamil bagi memastikan kesihatan diri terpelihara.
Semasa berdiri
Ibu digalakkan berdiri dan ‘berjalan tegak’, masukkan otot perut ke
dalam dan ketatkan otot-otot punggung untuk membawa tulang pelvik
condong ke belakang.
Tegakkan kepala dengan dagu dimasukkan ke dalam dan bahu ke bawah serta berkeadaan rehat.
Kaki dibuka sedikit untuk mendapat keseimbangan yang baik.
Elakkan berdiri terlalu lama yang boleh menyebabkan keletihan.
Semasa duduk
Duduk di kerusi dengan keadaan tulang belakang disokong sepenuhnya.
Gunakan kusyen kecil ataupun tuala yang digulung dan letakkan di bahagian belakang pinggang.
Paha disokong sepenuhnya di atas kerusi dan tapak kaki rehat rata di atas lantai.
Semasa baring
Baring mengiring atau tiga suku mengiring dengan dua bantal menyokong
di bahagian kepala dan satu di bahagian antara lutut dan paha untuk
mengelakkan ketegangan pada sendi sakroiliak.
Baring terlentang adalah tidak digalakkan selepas empat bulan ke atas kehamilan.
Semasa hendak bangun dari tidur
Jika hendak bangun dari katil, pastikan lutut dibengkokkan.
Pusingkan badan ke sisi, kemudian tolak badan ke posisi duduk
menggunakan tangan dan lengan serta kaki di bawa ke sisi tepi katil.
Semasa mengangkat objek
Pastikan tapak kaki dibuka sedikit, dengan sendi pinggul dan lutut
dibengkokkan serta pinggang lurus. Ibu seharusnya merasakan ketegangan
di bahagian paha dan bukan di pinggang.
Pastikan barang yang diangkat dibawa dan dipegang rapat di bahagian
tengah kea rah badan. Gunakan lengan dan kaki untuk mengangkat barang.
Elakkan mengangkat barang yang berat semasa mengandung.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)