Pages

Sunday, 2 November 2014

Ibadah yang dilarang ketika Haid

 

Nisah hendak berkongsi pula larangan ketika haid yang ramai tidak tahu. Jom kita baca apa amalan yang tidak dibolehkan ketika haid

8 Larangan ketika Haid


1) Solat 


2) Puasa 


3) Tawaf 


4) Jimak 


5) Dijatuhi Talak 


6) Membaca Al-Quran 

  • Bagi pendapat mazhab Syafie, diharamkan perempuan haid membaca Al Quran walaupun satu huruf sekalipun. Tetapi jika perempuan itu berniat zikir atau sebagai  amalan rutin seperti membaca Bismillahirahmanirrahim ketika makan, membaca mathurat dan bukannya niat sebenar membaca Al Quran, maka tidaklah diharamkan.

  • Bagi pendapat mazhab Hanafi, diharamkan bagi perempuan haid membaca Al Quran melainkan jika perempuan itu seorang guru, maka dibolehkan perempuan itu membaca Al Quran dengan syarat perempuan itu hendaklah mengajarkan anak muridnya satu kalimah-satu kalimah, iaitu dengan memisahkan satu kalimah dengan kalimah yang lain dan tidak boleh disambungkan kalimah-kalimah itu, dan tidak boleh perempuan itu membaca ayat.

  • Pendapat ulama-ulama besar dalam mazhab Maliki pula mengatakan dibolehkan perempuan haid membaca Al Quran sedangkan darah haid tengah keluar. Tetapi apabila darah haid itu sudah berhenti, maka tidak dibenarkan lagi perempuan itu membaca Al Quran sebelum perempuan itu mandi kerana perempuan itu boleh mandi maka tidak dibenarkan perempuan itu membaca Al Quran.

Pendapat ini mengatakan perempuan haid dan nifas boleh membaca Al Quran seperti dia menjadi guru, atau dia belajar Al Quran, atau dia mengajar anak-anak membaca Al Quran.

7) Memegang Al-Quran


  • Ada 2 pandangan iaitu boleh dan tidak boleh.
  • Untuk keluar daripada khilaf, seeloknya kita tidak memegangnya melainkan atas alasan menyelamatknnya.

8) Iktikaf - Pendapat yang kuat adalah wanita haid tdk boleh tinggal di masjid.

Aktiviti-aktiviti yg dibenarkan untuk wanita haid

  • Memotong kuku,menyisir,dan memotong rambut.
  • Menghadiri solat Aidilfitri dan Aidiladha. Bahkan, wanita yang sedang haid dianjurkan menyaksikan solat hari raya, tetapi tidak boleh ikut bersolat.
  • Makan & minum bersama suami ataupun lelaki mahramnya.
  • Tidur bersama suami dalam satu selimut.
  • Berkhidmat kepada suami,seperti mencuci kepalanya,menyisir rambutnya,dan merapikannya.
  • Mendengar bacaan Al-quran dan mempelajarinya.
  • Membaca tasbih,tahlil,tahmid,bismillah, dan doa-doa harian.
  • Bersujud ketika mendengar ayat sajadah.


Semoga bermanfaat.

4 comments:

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)