Pages

Sunday, 19 October 2014

TANAM MATLAMAT INGIN KE SYURGA

 

Assalamualaikum semua pembaca blog yang dikasihi..Nisah hendak konsikan tazkirah pada petang ini. Jom baca dan tanam dalam diri matlamat ingin ke Syurga Firdausi.


Syurga adalah kampung idaman kita. Dunia ini ibarat jambatan untuk kita menuju ke negeri akhirat. Berjalanlah di atas jambatan dunia ini dengan penuh takwa dan berhati-hati kerana kita mungkin akan tersungkur di tengah jalan. Jangan sampai kita terhumban ke Neraka. Na’uzubillahi min zalik.

Setiap manusia pasti mengimpikan Syurga. Namun, adakah kita mengamalkan segala yang diperintah Allah? Adakah kita betul-betul patuh dan taat pada-Nya? Adakah Syurga akan menerima kita? Layakkah kita untuk menghuni Syurga yang barakah?

“(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ‘ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia ; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab Neraka’..” (Surah al-imran : 191)

Berjuanglah dalam hidup agar kita mujahadah. Berkorbanlah semata-mata kerana-Nya. Berlumba-lumbalah dalam mengerjakan kebaikan. Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan kesabaran. Kejarlah cinta dan kasih sayang-Nya. Semoga kita berjaya menggapai reda-Nya kerana hidup takkan pernah bererti dan bermakna tanpa reda Yang Maha Esa.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya : “wahai Abu Said! Siapa yang meredai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai nabi ; maka wajiblah baginya Syurga.” (Riwayat Muslim)


  • Jadikan Syahid itu cita-cita tertinggi kita..
  •  Jadikan Allah tujuan utama kita..
  • Jadikan Syurga matlamat hidup kita..

Semoga kita bertemu dengan erti hidup yang sebenarnya.. Aamiin....

2 comments:

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)