Nisah hendak kongsikan sedikit ilmu yang berkiatan hadiah atau sedekah. Jom kita sama-sama membaca dan mengamalkan nya.
KELEBIHAN ORANG YANG MEMBERI SEDEKAH
- Akan mendapat ganjaran daripada Allah seperti yang dinyatakan dalam ayat 261, surah Al-Baqarah.
- Dimurahkan rezeki. Orang yang diberi peluang bersedekah merupakan orang yang telahpun dimurahkan rezekinya, jika tidak, seseorang itu takkan mampu untuk bersedekah. Orang yang bersedekah dijanjikan Allah bahawa rezekinya akan dilipat-gandakan.
- Orang yang bersedekah takkan jadi orang susah, dan dijamin rezekinya.
- Dapat membina ukhuwwah dan mahabbah
- Menjadi orang yang bersyukur
- Akan mendapat rasa nikmat dalam ibadah
APAKAH JANJI ALLAH DAN RASUL KEPADA ORANG YANG BERSEDEKAH?
- Akan mendapat rahmat (kasih sayang) Allah – Allah cukupkan rezeki dan keperluan kita. Kita beri sedekah tapi keperluan kita masih cukup dan itu adalah kerana rahmat Allah.
- Akan dapat memadamkan kemurkaan Allah.
- Allah sembuhkan penyakit. Disamping mencari ubat, bersedekah dan berdoa agar Allah
- Sembuhkan dan jauhkan daripada penyakit.
APAKAH HUKUM ORANG YANG MENOLAK HADIAH?
Jangan sampai orang beri kita hadiah, kita tolak. Maksud Hadis riwayat Imam Bukhari, “Penuhilah undangan, terimalah hadiah dan jangan menaniaya kaum muslimin”.
Jadi, maknanya Nabi Muhammad SAW arahkan terima hadiah. Walaapun hadiah yang diberi itu tidak kita suka, ambil dulu dan kemudian beri pada orang lain pula. Jadi, kita akan mendapat pahala menerima sedekah dan memberi sedekah pula.
Hadiah hanya boleh ditolak jika ianya boleh menimbulkan fitnah – contohnya perempuan beri hadiah pada ustaz yang telah berkahwin. Jika perlu ditolak, berikan penjelasan yang baik kepada pemberi.
Seterusnya hadiah boleh ditolak jika kita tahu ianya berasal daripada wang haram.
APAKAH HUKUM MENGUNGKIT PEMBERIAN?
Ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Mengungkit akan menghapuskan pahala amalan.
Oleh itu, setelah bagi, kita tutup mulut, jangan mengharapkan orang mengucapkan terima kasih.
Sepatutnya, bila orang terima hadiah kita, kita yang ucapkan terima kasih sebab apabila dia menerimanya, berlakulah ibadah pada tangan kita. Bila kita beri dan orang ambil, maka kita akan dapat pahala. Tapi kalau dia tak ambil, bukankah kita juga yang akan rasa malu.
Jangan sesekali mengungkit pemberian kerana ianya akan menghina penerima.
Orang yang menerima sedekah atau hadiah, perlu memanjatkan rasa syukur pada Allah dan bukan semata-mata berterima kasih pada pemberi.
Pemberi sedekah atau hadiah juga tidak boleh merasa bangga dengan hadiah yang pernah diberikan.
BAGAIMANA UNTUK MEMUPUK SIFAT UNTUK SUKA MEMBERI HADIAH ATAU SEDEKAH
Perkara ini bukan susah untuk dibentuk. Untuk memupuk sifat ini perlu:
- Menanam sifat menghargai ibu bapa. Mungkin pada awalnya boleh dipaksa, tapi lama-kelamaan, anak-anak akan jadi biasa.
- Ibu bapa juga perlu menghargai anak-anak.
- Suami dan isteri juga perlu saling menghargai.
- Pujuk hati untuk beri hadiah/sedekah kerana kita tahu itu amalan yang baik. Walaupun kecil nilainya, di sisi Allah nilainya adalah besar.
- Ingatkan diri bahawa perbuatan ini adalah amalan para Nabi, sahabat dan orang-orang yang soleh
- Biasakan dengan amalan baik itu, tak banyak tak apa, yang penting ikhlas.
APAKAH HUKUM ORANG MEMINTA KEMBALI HADIAH YANG DIBERIKAN?
Dalam sebuah hadis, riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Orang-orang yang menarik kembali hadiahnya sama seperti anjing yang memakan balik muntahnya.” Hinanya orang yang buat begitu.
Oleh itu, jika dah beri, jangan sesekali kita minta balik. Apabila sudah diberi, itu sudah jadi hak mereka. Maka, Islam melarang kita melakukannya.
Tetapi, ada keadaan di mana ianya dibenarkan iaitu antara ibu bapa/penjaga yang memberi hadiah kepada anaknya, tetapi hadiah itu tidak menjadi manfaat kepadanya. Contohnya – jika diberi motorsikal atau basikal tetapi mendatangkan mudarat kepada anak itu pula.
APAKAH AKIBAT JIKA KITA TIDAK SUKA BERI HADIAH/SEDEKAH?
Kalau seseorang rasa berat dan tidak suka beri hadiah , maknanya:
- telah pupus sifat menghargai orang lain.
- mementingkan diri sendiri
- ada sifat bakhil. Bakhil ialah rasa susah untuk keluarkan harta, dan jika beri, dia akan rasa menyesal. Sebenarnya bukan orang itu yang bakhil tapi hartanya yang bakhil kepada dia – contohnya dia mampu makan ikan mahal, tapi kerana bakhil dia beli ikan murah. Nikmat harta yang dia ada tidak dapat dimanfaakan dirinya pun.
Sebenarnya, Allah kurniakan rezeki adalah untuk kita sendiri menggunakannya juga.
- Allah Ta'ala sempitkan hatinya – dia rasa hartanya tak bertambah, dan risau bila harta berkurang.
- Semua yang ada pada diri, dia rasa rugi untuk kongsi atau beri pada orang.
Harta yang Allah berikan kepada kita di dunia adalah harta yang Allah nak kita bawa ke akhirat. Jika kita nak pergi London, kita kena tukar duit Malaysia kepada Pound Sterling. Jika nak pergi Mesir, kita kena tukar duit Mesir. Oleh itu, jika nak pergi akhirat, kita kena tukarkan harta kita dengan amalan bersedekah, memberi hadiah, saling menasihati dsb.
Ingat, yang kita minum, yang kita pakai, apa yang ada pada kita akan rosak. Apa yang kekal ialah apa yang kita beri pada orang lain.
Jadi, rajin-rajinlah tukar duit kita untuk negeri akhirat dengan kadar yang segera kerana kita tak tahu bila Allah akan menjemput kita ke akhirat. Mudah-mudahan Allah bantu dan beri kita kejayaan di dunia dan akhirat.
Semoga bermanfaat.
Tangan yang memberi lebih baik menerima . Bersedekahlah kamu dengan hati yang ikhlas kerana Allah tahu apa yang berapa didalam hati mu..Insyaallah
ReplyDeleteUMAT ISLAM HARUS KAYA
Ye betol tu. Kita harus kaya supaya sentiasa dpt memberi kepada yang memerlukan
Delete