Pages

Wednesday, 29 October 2014

Penghayatan Konseptual Bersyukur Dengan Nikmat Yang Diberi


Assalamualaikum WBT

Riwayat: Bukhari dan Muslim

Hadith:

Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “lihatlah kepada orang yang lebih rendah tarafnya daripada kamu dan janganlah melihat kepada orang yang taraf lebih tinggi, dengan yang demikian kamu tidak akan merperkecilkan nikmat yang dikurniakan Allah kepadaku”.

Lafaz hadis ini daripada muslim.

Di dalam riwayat al-Bukhari menyebut, “apabila kamu melihat kepada orang yang dilebihkan Allah dari segi harta benda dan kejadian, maka hendaklah dia melihat kepada orang yang lebih rendah taraf daripadanya”.
 
Huraian Hadith:
  • Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan semasa hidup di dunia
  • Umat Islam hendaklah sentiasa merasa cukup dengan apa yang dimilikinya dan tidak merasa iri hati terhadap orang yang memperoleh sesuatu nikmat
  • Islam menyuruh umatnya supaya menaruh rasa simpati terhadap golongan yang kurang bernasib baik dan hendaklah menghulurkan bantuan apabila di pinta
  • Orang yang beriman diperintahkan supaya melihat kepada orang yang lebih rendah daripadanya dalam hal-hal keduniaan dan di suruh melihat orang yang lebih tinggi daripadanya dalam hal-hal kebajikan dan keakhiratan kerana melihat kepada orang yang lebih bernasib baik menyebabkan seseorang itu merasa gelisah, tidak berpuas hati dan tidak bersyukur terhadap nikmat Allah, manakala melihat kepada orang yang lebih tinggi dari segi agama dan ibadah akan mendorong meningkatkan ibadah dan kebajikan.

Syukur dapat diertikan sebagai satu ucapan terima kasih kepada Allah SWT di atas segala nikmat yang dianugerahkan pada diri manusia, sama ada yang lahir mahu pun yang batin.

Syukur akan melahirkan jiwa hamba yakni sentiasa taat dan sujud kepada penciptaNya jika dihayati dalam erti kata yang sebenar. Sentiasa rasa bertuah dan tidak menjadi takabbur.

Syukur akan melorongkan seseorang untuk terus beramal ibadat tanpa rasa jemu, sekalipun nikmat itu kecil. Bersyukur kepada Allah SWT mesti dilakukan oleh setiap manusia seperti FirmanNya yang bermaksud:-

 "Dan syukurilah nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepadaNya." - (Surah an-Nahl, ayat 114)

Malangnya, hari ini ramai yang lupa bersyukur apabila menikmati kesenangan bahkan ada yang menafikan sama sekali kenikmatan yang diterimanya. Maka orang sebegini berlawanan dengan sifat syukur lalu menjadi kufur.

Kita seharusnya mengingati bencana yang telah menimpa ke atas Qarun. Seorang yang hidup pada zaman nabi Allah Musa AS iaitu orang yang terkaya di dunia ketika itu, tetapi tidak bersyukur kepada Allah SWT. Akibatnya, Allah SWT membinasakan Qarun bersama-sama dengan segala harta kekayaannya.

Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri (Luqman: 12)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman bermaksud:

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih (Ibrahim: 7)

5 comments:

  1. Orang beriman apabila diberi ujian dia bersabar
    apabila diberi nikmat dia bersyukur... Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang sabar dan bersyukur..Inshaa Allah

    Amalan Zikir Buka Pintu Rezeki

    ReplyDelete
  2. selaklu yang berlaku.... orang hanya ingat Allah bila senang... tapi bila susah...... Allah juga yang dia cari.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang orang terlupa bila diberi nikmat, tidak bersyukur tetapi bila di beri musibah dtg mencari ALLAH.. semoga kita tergolong dlam golongan org yang bersyukur

      Delete
  3. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jangan mudah lupa akan nikmatNya...

    Apa Itu Gastrik? Bagaimana Merawatnya?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)