Assalamualaikum semua..
Nisah hendak kongsi satu cerita yang diambil dari perkongsian Ustaz Ebit Lew. Jom kita baca dan renung-renungkan bersama.
Selepas ceramah seorang makcik datang berjumpa saya. Dia mula menceritakan anak dia yang teruk, degil, tidak dengar kata, kuat merokok, dan memang dah tidak boleh buat apa-apa dah. Umur anaknya baru 17 tahun tetapi memang tidak mendengar kata.
Saya dah tidak nampak jalan hendak buat apa, katanya. Kalau ustaz boleh bantu saya, saya amat bertuah dan beruntung tetapi saya memang rasa mustahil.
Jawab saya, anak puan begitu kerana sangkaan puan begitu. Puan tolong berhenti bersangka buruk padanya dan cakap buruk padanya. Dia baik dan bakal menjadi orang hebat.
Ishhh ustaz ini, takkanlah dia degil macam itu boleh jadi orang hebat. Saya cuma berharap dia jangan buat jahat jer..
Jawab saya, puan tukar sangkaan dan doa puan. InsyaAllah dia akan menjadi orang hebat. Allah baik,Maha Penyayang, dia suka sangkaan yang baik....
InsyaAllah ustaz. Anak saya baik dan bakal menjadi orang hebat. Macam itu ke ustaz?
Yer puan, tukar sangkaan dan doa pada mereka. Saat kita bersangka baik dan cakap yang baik itulah iman. Harapan kepada hidayat dan kebaikan ialah iman. Nabi saw setiap hari berjumpa manusia yang menyusahkan dan ingin membunuhnya tetapi sentiasa letakkan 100 peratus sangkaan baik bahawa sekali iman datang seseorang itu akan berubah juta kali lebih dari apa yang kita boleh bayangkan.
Dengan sangkaan dan harapan yang baik barulah kita semakin rajin menasihat dengan lembut. Bijak dan hikmah dalam membangunkan anak-anak. Tanpa sangka baik kita akan membenci. Dalam doa pun dengan marah. Dalam nasihat pun menjadi bebelan dan menyakitkan hati.
Selepas beberapa minggu dia menceritakan anaknya bertambah baik. Jawab saya alhamdulillah. Puan tadi berkata, betul ustaz, saya mengubah sangkaan, dia turut sama berubah. Sangkaan ibubapa adalah doa paling kuat buat anak-anak. Motivasi terbesar buat anak-anak...
Saya ingat emak saya selalu cakap pada saya. Emak tidak risau kalau Ebit jaga agama walaupun siang malam kena hina. Mesti Allah jaga. Dunia ini Allah punya.
Jika anak MANJA hendak dukung, itu tandanya mereka anak yang tahu nilai bahu emak ayah mereka..
Jika anak hendak ikut keluar rumah dan tidak mahu ditinggal, itu tandanya mereka bakal Daie besar..
Jika anak asyik bercakap tidak berhenti, itu tandanya mereka akan menjadi pendakwah yang suka berdakwah..
Jika anak selalu hendak bergusti, itu maknanya mereka pejuang agama. Mereka akan menegakkan kebenaran walaupun ia pahit...
Jika mereka pecahkan barang dan berebut barang kerana mereka inginkan perhatian ibubapa..
Anak kuat menangis insyaAllah esok bila dah besar senang mereka menjadi orang mudah menangis masa berdoa dan solat serta membuat amal baik..
Anak lambat sikit bercakap mungkin kerana mereka dahaga belaian dari ayah mereka yang sibuk.
Anak remaja dah besar macam-macam permintaannya, itu tandanya mereka perlu di bawa bermujahadah di jalan Allah supaya mereka tahu erti hidup susah..
Anak remaja suka menyendiri mungkin Allah nak ingatkan keluarga itu supaya mula hidupkan sunnah dengan makan berjemaah dan berjalan bersama-sama yang mungkin sudah lama tidak dibuat..
Anak asyik buat salah mungkin kerana mereka tidak mendapat keadilan seperti adik beradik lain.
Anak berpura-pura dan banyak muslihat mungkin kerana ibubapa kurang mendengar dan memahami mereka serta mungkin ibubapa selalu bergaduh depan anak-anak...
Anak gila artis dan glamour mungkin kerana ibubapa pun kaki televisyen dan hendphone dan boleh perlahan kurang-kurangkan dan beri masa baca hadis bersama anak-anak dan bawa majlis ilmu..
Anak-anak kuat melawan mungkin kerana kita di istidraj kerana tidak jaga solat berjemaah dan kurang bangun malam...
Sebagai anak pula jadilah anak yang membuat ibubapa tidak sempat hendak bersangka buruk dan bercakap buruk pasal kita.
Ya Allah jadikanlah anak kami Daie Mu dan berjaya dunia dan akhirat dan jadikan kami anak yang menyukakan kedua ibubapa kami dunia dan akhirat.Ya Allah terimalah kami semua
Assalamualaikum nisah..Good sharing. Tersentuh hati sebab ianya memang berlaku dalam kehidupan harian tambah2 anak masih kecil kan..
ReplyDeleteWslam.Trime kasih sudi singgah ke blog saya.. Kita mesti sentiasa bercakap yang baik2 kepada mereka..
ReplyDeletetersentuh hati...thanks nisah..
ReplyDeleteTersentuh hati. Thanks for sharing ilmu bermanfaat ni. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Be positif.
ReplyDeleteJom lawat blog saya : http://annahealthnbeutyhouse.blogspot.com/