nuffnang

Sunday, 31 August 2014

KAYA, SIHAT DAN BAHAGIA DENGAN SOLAT TAHAJJUD


Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).

Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

😍JAUH daripada segala PENYAKIT
😍Lahir kesan TAKWA pada wajahnya
😍DIKASIHI sekelian mukmin dan seluruh manusia
😍PerCAKAPannya mengandungi HIKMAH (kebijaksanaan)
😍Dikurniakan KEKUATAN dan diberi REZEKI yang halal dan diberkati.

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
😍Dibangkitkan dari kubur dengan WAJAH berseri-seri
😍DiperMUDAHkan hisab
😍CEPAT melalui sirat al-Mustaqim seperti KILAT
😍Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan KANAN.”

Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:

👉Tercatat sebagai orang yang BAIK dan berhak mendapat anugerah RAHMATNya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
👉Mendapat PENYEMPURNAAN di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati DARJAT yang TERPUJI (Surah al-Israk ayat 79).
👉Mendapat PUJIAN daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
👉Dilihat sebagai orang yang BERIMAN (Surah as-Sajadah ayat 16).

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”

Sesungguhnya…
Diwaktu malam sunyi itu,
Ia bukan sekadar sunyi..
Roh orang beriman..dengan rela hati..
menggerakkan jasadnya.
Bangun...berwuduk...dan berdiri..
Bersujud..dan bertasbih
kerana Allah.
Bercucuran Airmata Taubat..
Airmata Iman...
Airmata Bahagia..
Tatkala dapat berbisik-bisik dengan kekasihnya…
Allah rabbuljalil.

Subhanallah..
Tiada yang saat paling indah ketika hati bahagia dibuai ketenangan..
Saat dalam pelukan rindumu
ya Allah..ya Rahman.. ya Rohim.

3 comments:

  1. tahajud memang membawa sejuta kebaikan...jangan pernah untuk melupakan tahajud...memang rugi...
    http://bit.ly/1CiBWvt

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Kak Nila... bagus entri ni...

    jangan lupa visit blog saya :)
    NUTRISI HATIKU

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)