Pages

Tuesday, 13 May 2014

TIPS DIDIK ANAK JADI PENYEJUK HATI

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas dan jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak. Dibimbangi anak jadi bertambah degil dan tak boleh control.

2) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka..Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

3) Panggil anak dgn panggilan yg baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.

4) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

5) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

6) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

7)Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

8) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

9) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

10) Dengarlah cerita anak anda. Kerana cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Ajar anak supaya tunggu giliran untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda supaya tidak memotong cakap)

11)Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

12) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Hal ini akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

13) Biasanya nak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. Jangan jemu menegur n menasihati anak.

14) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah. Peluk bahu atau peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka walaupun mereka sudah bergelar anak remaja. Biar mereka rasa kasih sayang itu dan jika ini diamalkan, pastinya mereka nanti tidak akan segan untuk memeluk dan memegang tgn kita ketika kita tua nanti.

15) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

16) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

17) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa��

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)